Thursday 29 September 2011

Siap Sedia!!

Assalamualaikum, Apa khabar semua? Just nak ingatkan para peserta tentang beberapa perkara, bak kata pepatah "Sediakan payung sebelum hujan" (Hehehe):
1) First of all, betulkan NIAT masing-masing..Camp yang kita pergi ini bukan hanya untuk menghabiskan cuti hujung minggu kita atau berseronok semata-mata, tapi untuk kita merebut peluang, pengalaman dan ilmu yang ingin dikongsikan oleh penceramah kita, Ustaz Hasrizal, semata-mata kerana Allah..(So, ikhlaskan hati, ye, kawan-kawan!!)
2) Bersedia dari segi MENTAL dan FIZIKAL...Hah, banyak aktiviti menarik yang disediakan yang mana akan menguji minda dan kekuatan fizikal kawan-kawan. So, kalau ada sesiapa yang ada asthma ke, atau apa sahaja penyakit, jangan lupa bawak buat masing-masing.
3)Untuk aktiviti riadah, para peserta dikehendaki membawa pakaian sukan berwarna gelap (takut kotor nanti, susah pulak nak basuh) dan juga kasut sukan. Pakaian sukan juga haruslah MENUTUP AURAT dan SELESA untuk dipakai.
4) Tidak lupa juga alatan menulis untuk menyalin nota-nota..hehe
Jadi apa lagi, jom bersiap-siap untuk ke SUMMERSAND SEMPOI CAMP 2011..!!!

No comments:

Post a Comment